23 NOVEMBER 2009
Hari ini usia Damia dah masuk 6 bulan. emm... sungguh cepat peredaran masa. Berat Damia pun sudah menunjukkan angka peningkatan. Selama 6 bulan bersama-sama Damia, banyak pengalaman yang berharga kulalui. Jika dahulu Damia hanya mengikut rentak, namun sekarang telah kelihatan perbezaannya. Damia sudah bijak memilih insan yang ingin mendampinginya.
Menyoroti kehidupan kecil Damia amat membahagiakan. Damia tidak banyak karenah, oleh sebab itu aku dapat menjalankan tanggungjawab menjaganya walaupun tidak mempunyai pengalaman mengasuh seorang insan yang bergelar bayi.
Sekarang Damia mempunyai ramai kawan tidak mengira usia. Tiap-tiap petang ada sahaja yang bertandang ke rumah untuk mengambil Damia dan dibawa menghirup udara segar pada waktu petang. Apabila Damia keluar, pasti tidak sunyi dengan bunyi fonem namanya. Bertuah Damia... semua orang di kampung mengenalinya.
No comments:
Post a Comment