Tuesday, November 24, 2009

Monday, November 23, 2009

DIARI DAMIA

23 NOVEMBER 2009

Hari ini usia Damia dah masuk 6 bulan. emm... sungguh cepat peredaran masa. Berat Damia pun sudah menunjukkan angka peningkatan. Selama 6 bulan bersama-sama Damia, banyak pengalaman yang berharga kulalui. Jika dahulu Damia hanya mengikut rentak, namun sekarang telah kelihatan perbezaannya. Damia sudah bijak memilih insan yang ingin mendampinginya.
Menyoroti kehidupan kecil Damia amat membahagiakan. Damia tidak banyak karenah, oleh sebab itu aku dapat menjalankan tanggungjawab menjaganya walaupun tidak mempunyai pengalaman mengasuh seorang insan yang bergelar bayi.

Sekarang Damia mempunyai ramai kawan tidak mengira usia. Tiap-tiap petang ada sahaja yang bertandang ke rumah untuk mengambil Damia dan dibawa menghirup udara segar pada waktu petang. Apabila Damia keluar, pasti tidak sunyi dengan bunyi fonem namanya. Bertuah Damia... semua orang di kampung mengenalinya.



Saturday, November 21, 2009

Tuesday, November 10, 2009

DAMIA FIRZANAH

USIA : 2 MINGGU







USIA : SEBULAN













USIA : 2 BULAN














USIA : 3 BULAN



















USIA : 4 BULAN



















USIA : 5 BULAN









Di Hospital Ipoh, Perak (26-28 Mei 2009). Damia terpaksa duduk dalam wad kerana menghidap penyakit kuning. Hanya Allah yang tahu tentang perasaanku pada masa itu. Alhamdulillah... Allah sentiasa menolong hambanya. kuning Damia semakin berkurang walaupun dia antara 3 yang tertinggi bacaan kuningnya.

Info : menurut doktor pakar, bayi yang mendapat penyakit kuning adalah disebabkan hati mereka tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan bukan disebabkan oleh pemakanan ibu semasa hamil seperti yang diuar-uarkan oleh beberapa orang. Lazimnya bayi yang dilahirkan pada era globalisasi ini mendapat penyakit kuning.

Sunday, November 8, 2009

Permata Hati



Umur : Sehari




Satu daripada Anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai. Permata hatiku dan suami tercinta. Permata Hatiku ini lahir pada 23 Mei 2009 di Hospital Pantai, Ipoh. Kuasa Allah, siapa sangka bayi yang pada mulanya diramal bayi lelaki ini ialah seorang bayi perempuan. Apa-apa pun syukur kepada yang Maha Esa. Oleh sebab aku tidak menyediakan nama untuk bayi lelaki, aku meminta pertolongan suamiku untuk mencari nama yang sesuai. Akhirnya wujudlah nama DAMIA FIRZANAH / keberkatan kebijaksanaan. Terima kasih kepada suamiku, baik maksud nama tu.

Saturday, September 19, 2009

MELANCONG

BANGKOK (31 OGOS 2008)

























Friday, September 18, 2009

Salam Sayang...


Gambar ini diabadikan sewaktu majlis akad nikah pada 02 mei 2008 yang berlangsung di Masjid Baitul-Rahman Kg Sungai Damit, Tuaran, Sabah di bawah bayu.
MEMORABILIA
Majlis kahwin di Gerik
23 Ogos 2008










































MEMORABILIA
Majlis Perkahwinan di Sabah
02 Mei 2008


Thursday, September 17, 2009

MRSM KEPALA BATAS

Aku mula berkhidmat sebagai Pegawai Perkidmatan Pendidikan Siswazah @ guru di MRSM Kepala Batas pada 16 Mac 2007. Sebelum itu, aku bekerja sebagai Pelatih Pemasaran di FP Media Sdn Bhd di Taman Seri Gombak. Tidak dapat aku gambarkan perasaanku ketika mendapat tawaran kerjaya yang diidam-idamkan. Semasa mengabdikan diri di MRSM KB banyak pengalaman yang kuperoleh. Aku merupakan salah seorang daripada guru yang terawal mengajar di situ. Insan yang menjadi sebahagian daripada kehidupanku ketika mula bertugas di situ ialah Suzana, Puteri @ Ninie, Shahrina, Izan dan Taufik. Kemudian kak Ina, Ayu, Jiha, kak Zurwati, Kak Azizah,kak Shitah, yang paling kecoh kak Wan Azlina, mulut tiada insuran Hafiz dan ramai lagi.

Selain menjalankan tugas sebagai guru, aku juga dilantik menjadi warden asrama. Tugas ini banyak memberi peluang kepada aku mengenali dan memahami karenah pelajar dari umur 13-17 tahun. Kami sebagai warden sangat rapat dengan pelajar sehingga ada pelajar yang mengambil kesempatan.

KENANGAN