Monday, November 22, 2010

AL-FATIHAH

Al-Fatihah untuk anak saudaraku Akmal Khabir Khuzaimie yang telah pergi ke alam yang abadi milik Allah. sesungguhnya pemergianmu meninggalkan kesan kepada kami. 22 Oktober 2010 tarikh ulang tahun kelahiran abangmu Adam Khuzairi merupakan tarikh yang sentiasa terpahat dalam ingatan kerana pada tarikh inilah kau perlu menunaikan janji untuk bertemu dengan Allah. Sayang kami padamu hanya sedikit jika dibandingkan dengan sayang Tuhan yang Esa padamu.

Terkilan kerana tidak sempat menatap jenazahmu buat kali terakhir. Hanya doa & al-fatihah yang dapat dikirimkan buatmu sayang.

Monday, August 9, 2010

Diari : 09/08/2010

emmm... sudah lama aku tidak menulis apa-apa dalam blogku ini. Hal ini disebabkan kesibukanku sebagai seorang pendidik. Damia Firzanah anakku telah pun melewati usia setahun. syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. kini, Damia sudah mampu bejalan sejak usianya 11 bulan yang lalu. Malah sudah pandai menyebut 'ayah' , 'bu', pah, dan sebagainya. Bahagianya hidupku ketika berada disisi permata kesayanganku ini. kadangkala kekesalan menerpa fikiranku, aku tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk bermain dengan Damia. Aku selalu saja balik pada lewat petang demi membentuk integriti dalam pekerjaan.

Tuesday, November 24, 2009

Monday, November 23, 2009

DIARI DAMIA

23 NOVEMBER 2009

Hari ini usia Damia dah masuk 6 bulan. emm... sungguh cepat peredaran masa. Berat Damia pun sudah menunjukkan angka peningkatan. Selama 6 bulan bersama-sama Damia, banyak pengalaman yang berharga kulalui. Jika dahulu Damia hanya mengikut rentak, namun sekarang telah kelihatan perbezaannya. Damia sudah bijak memilih insan yang ingin mendampinginya.
Menyoroti kehidupan kecil Damia amat membahagiakan. Damia tidak banyak karenah, oleh sebab itu aku dapat menjalankan tanggungjawab menjaganya walaupun tidak mempunyai pengalaman mengasuh seorang insan yang bergelar bayi.

Sekarang Damia mempunyai ramai kawan tidak mengira usia. Tiap-tiap petang ada sahaja yang bertandang ke rumah untuk mengambil Damia dan dibawa menghirup udara segar pada waktu petang. Apabila Damia keluar, pasti tidak sunyi dengan bunyi fonem namanya. Bertuah Damia... semua orang di kampung mengenalinya.



Saturday, November 21, 2009

Tuesday, November 10, 2009

DAMIA FIRZANAH

USIA : 2 MINGGU







USIA : SEBULAN













USIA : 2 BULAN














USIA : 3 BULAN



















USIA : 4 BULAN



















USIA : 5 BULAN









Di Hospital Ipoh, Perak (26-28 Mei 2009). Damia terpaksa duduk dalam wad kerana menghidap penyakit kuning. Hanya Allah yang tahu tentang perasaanku pada masa itu. Alhamdulillah... Allah sentiasa menolong hambanya. kuning Damia semakin berkurang walaupun dia antara 3 yang tertinggi bacaan kuningnya.

Info : menurut doktor pakar, bayi yang mendapat penyakit kuning adalah disebabkan hati mereka tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan bukan disebabkan oleh pemakanan ibu semasa hamil seperti yang diuar-uarkan oleh beberapa orang. Lazimnya bayi yang dilahirkan pada era globalisasi ini mendapat penyakit kuning.