Monday, November 22, 2010

AL-FATIHAH

Al-Fatihah untuk anak saudaraku Akmal Khabir Khuzaimie yang telah pergi ke alam yang abadi milik Allah. sesungguhnya pemergianmu meninggalkan kesan kepada kami. 22 Oktober 2010 tarikh ulang tahun kelahiran abangmu Adam Khuzairi merupakan tarikh yang sentiasa terpahat dalam ingatan kerana pada tarikh inilah kau perlu menunaikan janji untuk bertemu dengan Allah. Sayang kami padamu hanya sedikit jika dibandingkan dengan sayang Tuhan yang Esa padamu.

Terkilan kerana tidak sempat menatap jenazahmu buat kali terakhir. Hanya doa & al-fatihah yang dapat dikirimkan buatmu sayang.