Al-Fatihah untuk anak saudaraku Akmal Khabir Khuzaimie yang telah pergi ke alam yang abadi milik Allah. sesungguhnya pemergianmu meninggalkan kesan kepada kami. 22 Oktober 2010 tarikh ulang tahun kelahiran abangmu Adam Khuzairi merupakan tarikh yang sentiasa terpahat dalam ingatan kerana pada tarikh inilah kau perlu menunaikan janji untuk bertemu dengan Allah. Sayang kami padamu hanya sedikit jika dibandingkan dengan sayang Tuhan yang Esa padamu.
Terkilan kerana tidak sempat menatap jenazahmu buat kali terakhir. Hanya doa & al-fatihah yang dapat dikirimkan buatmu sayang.
Monday, November 22, 2010
Monday, August 9, 2010
Diari : 09/08/2010
emmm... sudah lama aku tidak menulis apa-apa dalam blogku ini. Hal ini disebabkan kesibukanku sebagai seorang pendidik. Damia Firzanah anakku telah pun melewati usia setahun. syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. kini, Damia sudah mampu bejalan sejak usianya 11 bulan yang lalu. Malah sudah pandai menyebut 'ayah' , 'bu', pah, dan sebagainya. Bahagianya hidupku ketika berada disisi permata kesayanganku ini. kadangkala kekesalan menerpa fikiranku, aku tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk bermain dengan Damia. Aku selalu saja balik pada lewat petang demi membentuk integriti dalam pekerjaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)